BADMINTON
BAM buat keputusan bijak -- Koo Kien Keat
Bekas beregu lelaki nombor satu dunia, Koo Kien Keat, menyifatkan langkah BAM menghantar skuad kedua ke Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) minggu lalu sebagai satu keputusan bijak.
Dia percaya keputusan itu memberikan ruang dan peluang kepada pemain muda untuk mengumpulkan pengalaman beraksi dalam kejohanan antarabangsa, sekali gus membantu pembangunan bakat baru dalam arena badminton negara.
"Bagi saya, keputusan untuk menghantar skuad muda ini adalah langkah yang betul.
Iklan
"Saya rasa kebanyakkan pasukan dalam acara berpasukan ini, seperti yang saya baca dalam kenyataan mereka, tidak banyak pemain remaja yang mempunyai peluang untuk bermain dalam kejohanan berpasukan.
"Tetapi bagi skuad ini, saya rasa tiada apa yang salah," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
Bagaimanapun, Kien Keat menganggap kegagalan skuad negara mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama sejak 2017 menjadi pengajaran berguna buat skuad pelapis negara untuk menyedari bahawa tahap mereka masih jauh berbanding negara lain.
Oleh itu, mereka perlu bekerja lebih keras untuk mencapai kejayaan lebih besar pada masa akan datang.
"Saya rasa ini harus menjadi satu matlamat bagi pemain remaja untuk mendekati pasukan-pasukan lain, supaya mereka dapat memberi impak tersendiri.
"Saya masih ingat dulu, pemain China yang berumur 18 tahun sudah berada pada tahap yang tinggi.
"Pada masa itu, dia menjadi sasaran atau matlamat saya untuk mencapai tahap yang sama dalam negara atau untuk menang suatu hari nanti," tambahnya.
Must-Watch Video