Skip to main content

Badminton

Badminton Terbuka Thailand 2025: Roy King-Valeree Siaw sangkut dalam pusingan pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

third-yap.jpg
Hasrat pemain beregu campuran negara, Yap Roy King-Valeree Siow untuk mara ke pusingan kedua kejohanan terhenti selepas ditunjuk jalan keluar oleh pasangan Korea Selatan yang mempunyai momemtum di peringkat kelayakan secara straight set, sebentar tadi. 

Roy King-Valeree menyerap asakan yang dilakukan lawan dalam set pertama dan kedua-dua beregu saling mengejar mata demi mata dan di kedudukan ke-16, beberapa siri kesilapan yang dibuat pasangan negara membolehkan seteru mereka itu rampas set pertama dengan keputusan 21-18.

Dan senario hampa ini terus menghimpit Roy King-Valeree apabila gagal bangkit untuk mengheret permainan ke perlawanan penentuan susulan kekalahan set kedua 17-21, sekali gus kempen di Thailand berakhir di pusingan pertama.

Advertisement

Must Watch Video