Skip to main content

Badminton

Badminton Terbuka Malaysia: "Saya minta maaf" -- Ng Tze Yong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tz-yong-head.jpg
Ng Tze Yong memuat naik 'status' di laman media sosial aplikasi Instagram peribadinya mengatakan bahawa dia memohon maaf atas keputusan tidak memuaskan di kejohanan Terbuka Malaysia 2024.



"I would like to apologize to our sponsor and all the fans who support us for my unsatisfactory results at PETRONAS Malaysia Open 2024. I will continue to focus on my recovery and get a better performance in next tournament. Thank you all", kata Ng Tze Yong.

Tze Yong menarik diri dalam perlawanan pusingan pertama ketika bertemu Koki Watanabe selepas bergelut dengan kecederaan belakang.

Pada ketika mata terikat tujuh sama, malang menimpa Tze Yong apabila dia mengalami kecederaan ketika melakukan pukulan 'overhead'. 

Walaupun selepas itu dia berjaya meneruskan permainan, namun jelas kesakitan menghantui dirinya dan dia terpaksa menarik diri pada kedudukan 8-12.
 
Untuk rekod, tiada wakil Malaysia beraksi di pentas separuh akhir Terbuka Malaysia selepas dua wakil terakhir negara iaitu beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik kandas di pusingan suku akhir pada semalam.

 

Advertisement

Must Watch Video