Skip to main content

Badminton

Badminton Terbuka Malaysia: Peng Soon-Yee See tetap berpuas hati dengan persembahan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

peng-soon-yee-see.jpg
Perjalanan pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See, dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia sudah berakhir, mereka tetap berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan dalam edisi kali ini.

Peng Soon-Yee See melangkah ke pusingan 16 Terbuka Malaysia bertemu pasangan pilihan kelima dari China, Jiang Zhenbang-Wei Yaxin, namun gagal untuk menangani kemampuan lawan sebelum tewas 21-14, 21-14.

Selepas tamat perlawanan, kedua-dua pemain itu kini mengucapkan selamat tinggal kepada Terbuka Malaysia dan kini bakal melewati satu lagi kejohanan, Malaysia Masters sebelum mengambil keputusan untuk bersara.
 
 

Advertisement

Must Watch Video