BADMINTON

Badminton Terbuka Malaysia: Menang atau kalah adat permainan -- Netizen

Daeng Dhadyry 12/01/2024 | 15:57 MYT
Kalah dan menang merupakan asam garam yang perlu dihadapi oleh setiap alit negara.
Itulah luahan rata-rata peminat badminton tanah air yang hadir ke Arena Axiata bagi aksi suku akhir Terbuka Malaysia sebentar tadi.
Dan semestinya aksi tertumpu kepada dua beregu negara, juga merupakan wakil terakhir Malaysia iaitu Aaron-Wooi Yik dan Yew Sin-Ee Yi.
Namun disebalik beberapa 'jaguh negara' yang tewas seawal pusingan pertama, ada juga penyokong tempatan yang menyuarakan perasaan kecewa.
Selain itu, sambutan bagi edisi kali ini tampak meriah dengan pelbagai aktiviti yang disediakan sekitar perkarangan Arena Axiata.
Aksi separuh akhir Terbuka Malaysia 2024 bakal disiarkan secara langsung di Astro Arena 801HD bermula jam 11.30 pagi pada esok, Sabtu 13 Januari.
Terbaru, dengan kekalahan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ditangan juara dunia, Kang Min Hyuk dan Seo Seung Jae maka bermakna tiada wakil negara bakal beraksi pada peringkat separuh akhir Terbuka Malaysia 2024.
#BAM #Badminton Terbuka Malaysia
;