Badminton Terbuka Malaysia 2024 sudah sampai ke penghujungnya. Banyak cerita dan drama berlaku, kejutan demi kejutan dan pastinya kehampaan buat peminat sukan badminton negara kerana kita tidak mempunyai seorang pun wakil untuk ke pusingan separuh akhir dan akhir.
Bukan sahaja prestasi pemain negara di Axiata Arena yang membingungkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), malah badan induk itu turut tertanya-tanya mengenai pemilik kunci kereta ini.
Dalam satu hantaran di laman sosial BAM semalam, mereka memaklumkan bahawa kunci berkenaan sudah ada dalam simpanan mereka yang sudah pun memasuki hari kelima.
Hari ini adalah hari yang terakhir bagi kejohanan ini, harap-harap isu ini berjaya diselesaikan. Boleh war-warkan juga untuk sampai ke pemilik asal kunci ini.