BADMINTON
Badminton Terbuka India: Yew Sin-Ee Yi disekat pilihan kedua



Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, terpaksa menamatkan saingan Kejohanan Badminton Terbuka India selepas tewas kepada pilihan kedua dari China, Wang Chang-Liang Wei Keng, sebentar tadi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam saingan yang berlangsung di Stadium Tertutup K. D. Jadhav, New Delhi, Yew Sin-Ee Yi yang hadir dengan momentum baik apabila mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia minggu lalu, berdepan pasangan pilihan kedua kejohanan dari China.
Tewas dalam set pertama 12-21, Yew Sin-Ee Yi bangkit mempamerkan taring untuk mengheret permainan ke set penentuan menerusi kemenangan 21-19.
Bagaimanapun, perjalanan dalam saingan Terbuka India akhirnya terlerai apabila tewas 15-21 dalam set penentuan.