Selepas menamatkan saingan Terbuka Malaysia Sabtu lalu di pentas separuh akhir, mereka kembali bagi kejohanan kedua musim 2025 dan New Dehli menjadi destinasi pemain negara.
Bertemu wakil Chinese Taipei, Ye Hong-wei dan pasangan, Nicole Gonzales Chan, Tang Jie-Ee Wei, hanya memerlukan 28 minit untuk memperoleh kemenangan 21-15, 21-16 untuk memastikan slot ke pusingan 16.
Sementara itu, beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King, menewaskan wakil Jerman, Daniel Hess-Marvin Seidel 21-11, 21-8.
RESULTS: #YONEXSunriseIndiaOpen2025
— BAM (@BA_Malaysia) January 14, 2025
MD | R32#MAS🇲🇾 Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King def. #GER🇩🇪 Daniel Hess-Marvin Seidel 21-11 21-8
⏱️28m#BadmintonMalaysia#GemilangkanLagi #DemiMalaysia pic.twitter.com/4IjyIIkDkb