Badminton Terbuka India: Soon Huat-Shevon selangkah ke final atasi pilihan kelima
Muzaffar Musa
Januari 17, 2025 16:00 MYT
Januari 17, 2025 16:00 MYT
Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, kian menghampiri final Kejohanan Badminton Terbuka India apabila mengatasi beregu pilihan kelima dari Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang, di New Delhi sebentar tadi.
Turun sebagai pilihan keempat, gandingan suami-isteri itu tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan secara set langsung 21-11, 21-15 hanya dalam masa 29 minit.
Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara dua beregu China, iaitu pilihan kedua, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, dan pilihan ketujuh, Guo Sin Wa-Chen Fang Hui, bagi penentuan ke final esok.