Skip to main content

Badminton

Badminton Terbuka India: Aaron-Wooi Yik lebar langkah di New Delhi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia-wooi-yik-soh.jpg
Musim 2025 beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kini bermula apabila melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka 2025.

Selepas menewaskan pasangan bidan terjun dari Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul, mereka kembali ke gelanggang di Kompleks Sukan Indira Gandhi, untuk bertemu wakil China, Xie Hao Nan-Zheng Wei Han.

Aaron-Wooi Yik yang sebelum ini tewas kepada pasangan tersebut tahun dalam saingan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia, menampilkan taring apabila memperoleh kemenangan 21-10, 21-18 dalam tempoh 34 minit.
   
Sementara itu, Pearly Tan-M. Thinaah, turut membawa cabaran ke pentas suku akhir apabila lawan dari China, Zhang Shuxian-Jia Yifan, menarik diri ekoran kecederaan ketika perlawanan memasuki minit kesembilan (14-4).

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video