Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India apabila menewaskan wakil Thailand, Kittinipung Kedren-Dechapol Puavaranukroh, di New Delhi sebentar tadi.
Turun selaku pilihan kelima, Aaron dan Wooi Yik bermula perlahan dan ketinggalan pada awal set pertama tetapi mereka kemudian mula mengejar di pertengahan aksi untuk mencatatkan kemenangan 21-18.
Permulaan berbeza ditampilkan bekas juara dunia itu dalam set kedua, di mana mereka amat jarang berada di belakang sebelum mengesahkan kemaraan, juga dengan kemenangan 21-18, selepas secara keseluruhan bertarung selama 39 minit.
Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara beregu Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seungjae, dan gandingan pilihan kedua dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, bagi penentuan ke final esok.
Muzaffar Musa
Fri Jan 17 2025