Skip to main content

Badminton

Badminton Remaja Dunia: Malaysia lepasi cabaran Sweden di Sepanyol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

siti-nurshuhaini.jpg
Malaysia memulakan kempen acara berpasukan campuran merebut Piala Suhadinata dalam Kejohanan Badminton Remaja Dunia dengan mengalahkan Sweden 5-0 di Santander, Sepanyol awal pagi tadi.

Dalam aksi Kumpulan A itu, Malaysia mengutip mata pembukaan menerusi pemain perseorangan lelaki negara, Justin Hoh, yang mudah menewaskan Eric Ramstedt 21-10, 21-10.

Pasukan negara menambah mata kedua menerusi pemain perseorangan wanita, Siti Nurshuhaini Azman, yang mengalahkan Khushi Harakamani 21-12, 21-12.

Beregu lelaki negara, Muhammad Fazriq Mohamad Razif- Wong Vin Sean, mengesahkan kemenangan Malaysia apabila menyingkirkan pasangan Victor Morskogen-Daniel Strom, 21-12, 21-9.

Beregu wanita negara, Ong Xin Yee- Carmen Ting, pula terpaksa berhempas pulas selama 50 minit sebelum mengalahkan Elin Ohling-Elin Ryberg, 21-18,17-21, 21-16.

Mata terakhir Malaysia diperoleh beregu campuran negara, Bryan Jeremy Goonting-Lee Xin Jie, selepas mengatasi Mio Molin-Sofia Stromvall, 21-16, 21-23, 21-15.

Juara bertahan, Indonesia juga bermula garang dalam aksi Kumpulan A apabila mengalahkan Latvia 5-0.

Hari ini, Malaysia akan berdepan Latvia sebelum melabuhkan tirai peringkat kumpulan dengan menentang Indonesia sehari kemudian.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Must Watch Video