Dunia badminton diselubungi perasaan duka setelah pemain badminton muda China, Zhang Zhi Jie meninggal dunia setelah melalui situasi yang tidak dijangka ketika mengikuti Kejohanan Remaja Asia(AJC) 2024 di GOR Among Rogo, Yogyakarta.

Zhi Jie yang merupakan pemain perseorangan lelaki bagi negara tembok besar China itu tiba-tiba terjatuh dan pengsan ketika bersaing dengan lawannya dari Jepun iaitu Kazuma Kawano.

A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)

Hari ini, kesemua atlet badminton membuat penghormatan dengan diam selama seminit buat mendiang Zhang Zhi Jie yang meninggal dunia di gelanggang.