MALAYSIA 1 CHINA 3

Malaysia mengakhiri kempen Kejohanan Badminton Remaja Asia (AJC) 2024 dengan pingat gangsa selepas tumbang 1-3 kepada China sebentar tadi.

Pencapaian di Yogyakarta, Indonesia itu secara tidak langsung menyaksikan Malaysia gagal mengulangi prestasi edisi 2007 dan 2009.

Skuad negara, yang menyingkirkan India 3-2 dalam suku akhir sejam sebelum oenentuan itu -- membuka saingan separuh akhir dengan langkah kanan apabila Aaron Tai-Khai Xing menang 26-24, 25-23.

Beregu lelaki negara itu beberapa kali mempamerkan pertahanan dan gaya permainan menarik untuk mengatasi lawan mereka Ke Yuan-Xiang Yi.

Motivasi kemenangan tertangguh seketika apabila perseorangan wanita, Xin Yee Ong, gagal pamer aksi terbaik lalu membuka ruang kepada China untuk kembali mengikat kedudukan 1-1 menerusi kemenangan Wen Jing Xu 21-15, 21-12.

Dan tiada keajaiban dijelmakan Roslie Razeeq Danial yang berdepan pemain perseorangan lelaki dari negara tembok besar China, yang menang 21-17, 21-9 untuk China kembali 2-1 di depan.

Selepas itu peluang Malaysia terus terpadam apabila beregu wanita, Nicole Chau-Carmen Ting, tewas 12-21, 9-21 kepada Chen Fan Shu Tian-Liu Jia Yue.