Perseorangan remaja wanita negara, Lee Mun, berkata nasihat dan kepakaran daripada jurulatih, Kenneth Jonassen, yang dicurahkan kepadanya sedang diadaptasi sebaik mungkin menjelang bermulanya Kejohanan Badminton Remaja Asia (Berpasukan) dari 18 hingga 22 Julai diikuti acara individu dari 23 hingga 27 Julai ini.
Pemain berusia 16 tahun itu teruja apabila dipilih buat kali pertama oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang melihat kemampuannya dan kesungguhan dipamerkan pemain itu selama ini.
Pemain itu disifatkan lengkap ekoran memiliki ketinggian ideal untuk beraksi di peringkat tertinggi dunia dan jika diberi pendedahan lengkap mampu menyinar di peringkat senior.
Namun, tiada jalan mudah kerana Lee Mun perlu membuktikan keupayaannya menerusi ujian awal di pentas Asia bagi mengukur sejauh mana kemampuan pemain yang kelahiran Kampar, Perak itu.
"Saya teruja untuk berikan yang terbaik.
"Saya mendapat tunjuk ajar daripada Kenneth Jonassen yang merupakan jurulatih yang sangat bagus.
"Dia mahu saya beri tumpuan kepada perseorangan wanita sahaja berbanding beregu wanita.
"Dia menerapkan corak permainan dan berikan dorongan kepada saya.
"Berikan saya tempoh lima tahun. Saya akan cuba sedaya upaya menaikkan mutu perseorangan wanita dan mengharumkan nama Malaysia," katanya.