Badminton Remaja Asia: Kata-kata si kakak, usai Zhang Zhi Jie meninggal dunia
Julai 1, 2024 18:12 MYT
Mendengar berita kematian adiknya, kakak kepada Zhang Zhi Jie meluahkan rasa kecewanya terhadap pasukan perubatan yang didakwa lambat bertindak selepas adiknya rebah di gelanggang. Menerusi hantaran di media sosial, kakaknya berkata walaupun adiknya beberapa kali terkena sawan namun masih ada tanda-tanda dia kelihatan masih bernyawa.
From Zhang Zhi Jie's sibling ? Credit: FB Linda Wong & X @369Kph pic.twitter.com/tvMxLa4kgn
— Z ??? (@theone_xyz) July 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Bagaimana saya mahu menerimanya? Walaupun saya fikir ini adalah kesan terburuk disebabkan oleh pasukan perubatan yang tidak tiba tepat pada waktunya dan tampak lemah.
“Saya sedang menonton siaran langsung pada petang itu apabila dia rebah.
"Selepas beberapa kali sawan, dia masih mempunyai tanda-tanda bernyawa dan mengangkat kepalanya.
“Namun selapas menunggu sekian lama barulah pasukan perubatan kunjung tiba.
“Kami terus menghubungi jurulatih sehingga sekitar jam 9:30 malam. Apabila dapat berhubung, kami dimaklumkan harapan terakhir adalah untuk dia dipindahkan ke hospital lain bagi menjalani rawatan.
“Akhirnya kami diberitahu bahawa dia telah meninggal dunia. Dia baru berumur 17 tahun,” luahnya dengan begitu sebak.