Menerusi hantaran di media sosial, kakaknya berkata walaupun adiknya beberapa kali terkena sawan namun masih ada tanda-tanda dia kelihatan masih bernyawa.From Zhang Zhi Jie's sibling ?
— Z ??? (@theone_xyz) July 1, 2024
Credit: FB Linda Wong & X @369Kph pic.twitter.com/tvMxLa4kgn
“Bagaimana saya mahu menerimanya? Walaupun saya fikir ini adalah kesan terburuk disebabkan oleh pasukan perubatan yang tidak tiba tepat pada waktunya dan tampak lemah.
“Saya sedang menonton siaran langsung pada petang itu apabila dia rebah.
"Selepas beberapa kali sawan, dia masih mempunyai tanda-tanda bernyawa dan mengangkat kepalanya.
“Namun selapas menunggu sekian lama barulah pasukan perubatan kunjung tiba.
“Kami terus menghubungi jurulatih sehingga sekitar jam 9:30 malam. Apabila dapat berhubung, kami dimaklumkan harapan terakhir adalah untuk dia dipindahkan ke hospital lain bagi menjalani rawatan.
“Akhirnya kami diberitahu bahawa dia telah meninggal dunia. Dia baru berumur 17 tahun,” luahnya dengan begitu sebak.