Badminton Remaja Asia: Ini profil mendiang Zhang Zhijie

Zaki Zainal
Julai 1, 2024 13:58 MYT
Zhang Zhijie merupakan salah seorang pelapis perseorangan lelaki yang dimiliki China sekaligus diharapkan boleh meneruskan legasi negara Tembok Besar itu setelah era Chen Long, Lin Dan, dan Shi Yuqi.
Zhang Zhijie lahir di Jiaxing pada 2007. Kemampuan Zhijie di arena badminton membuatnya masuk ke pasukan utama muda China pada 2023.
Zhang Zhijie membuktikan kebolehannya di pentas remaja dengan menjadi juara kategori B-15 tahun pada 2022.
Setelah itu Zhijie juga mengikuti pelbagai kejuaraan seperti Kejuaraan Badminton Remaja 2023, baik di kategori perseorangan mahupun beregu.
Pada Mac 2024 Zhang Zhi Jie menjadi juara dalam kategori beregu lelaki Kumpulan B dalam Kejuaraan Badminton Kebangsaan 2024.
Bukan sahaja di peringkat kebangsaan, Zhijie juga turut muncul di kejuaraan-kejuaraan luar negeri. Zhijie menjadi juara di Kejuaraan Junior di Belanda pada 2024.
Di Kejohanan Badminton Remaja Asia, Zhijie merupakan salah satu dari dua perseorangan lelaki China selain Wang Zi Jun.
Zhijie tidak digunakan saat China mengalahkan Hong Kong pada perlawanan pertama di fasa kumpulan, namun menjadi penentu kemenangan saat China menewaskan Singapura di perlawanan kedua.
Pada perlawanan dengan Jepun, yang merupakan perlawanan penentuan juara kumpulan, Zhi Jie tampil menghadapi Kazuma Kawano. Pada kedudukan 11-11, Zhi Jie terjatuh sehingga tertiarap di gelanggang.
#badminton
;