Pemain perseorangan China, Zhang Zhijie, rebah sebelum meninggal dunia di hospital.

Kejadian itu berlaku dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, 11.20 waktu tempatan malam tadi.

Badminton Asia (BA) dan Persatuan Badminton Indonesia (PBSI) dalam satu kenyataan berkata pemain berusia 17 tahun itu didapati rebah ketika mahu menerima servis di kedudukan 11-11 set pertama sewaktu bertemu pemain Jepun, Kazuma Kawano, dalam acara berpasukan campuran.

Dan dia kemudian diberi rawatan oleh doktor dan pasukan perubatan kejohanan.




Zhiejie kemudian dibawa oleh ambulans yang sudah pun tersedia -- kurang dua minit dan dihantar ke hospital.

Badminton Asia, PBSI dan jawatankuasa penganjuran amat sedih dan mezahirkan takziah buat ahli keluarga Zhi Jie dan Persatuan Badminton China (CBA) itu.