Muhammad Fakhrul Hakim Saufi, Dayana Farisya Rizuan Sahari dan Ivy Liau Xin Yi, meraih kejuaraan berganda dalam pusingan kelayakan kesembilan Kejohanan Badminton Remaja Allianz (AJBC) 2025 di Kota Bharu, semalam.
Pusingan kelayakan itu menyaksikan Fakhrul yang berasal daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim 2 merangkul perseorangan B-15 lelaki dengan menewaskan Muhammad Shakir Zufayri daripada SMK Tambun.
Fakhrul Hakim juga mengesahkan gelaran beregu lelaki B-15 bersama Nik Al Amin Azaem daripada SMK Putera apabila mengatasi pasangan Mohammad Adib Rifqi (SMK Gaal) dan Muhammad Amir Amsyar (SMK Putera).
Pelajar SMK Ibrahim Fikri, Dayana Farisha, menewaskan Zafirah Izza Mohd Zamlee (SMK Zainab 2) untuk memenangi perseorangan perempuan B-15.
Dia kemudiannya bergandingan dengan Nur Darwisya Shafiyyah Mohd Noor (SMK Sultan Sulaiman) untuk mendominasi beregu perempuan B-15 dengan mengatasi Alya Najwa Mohd Hasri (SMK Kubang Kerian 3) dan Nur Damia Qaisara Mohd Asri (SMK Kg Chenggal).
Sementara itu, perlawanan akhir perseorangan B-13 perempuan menyaksikan Ivy Liau (SM Pin Hwa) berdiri megah di atas podium menerusi kemenangan ke atas Nur Aina Batrisya Mohd Effendy (SMK Syed Hassan).
Ivy Liau turut cemerlang dalam beregu perempuan B-13 bersama gandingannya, Yap Wan Xin, Sekolah Antarabangsa Inspiros dengan menewaskan Arissa Izara Azrin (SMK Taman Semarak) dan Ros Mya Adellya (SMK Warisan Puteri).
Dalam perseorangan B-13 lelaki, Firas Amsyar Nor Zulhilmie (Sekolah Menengah Agama At-Ta'Alim) mengatasi Ahmad Aniq Rafiq (SRK Sri Aman).
Beregu B-13 lelaki menyaksikan Gan Giap Han daripada SJKC Bukit Fraser dan Wong Yin Jie (SMK Bukit Jelutong) selepas menewaskan Ahmad Aniq dan Nik Muhammad Luqman Haziq (SMK Kamil) untuk merangkul kejuaraan.
Seramai 317 pemain mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan kesembilan ini daripada 10 pusingan dengan kemuncak acara grand final tahun ini akan diadakan di Pulau Pinang pada hujung tahun.
Cuba Raket Ini

Racket Power
Raket dengan kawalan tepat dan kuasa padu, bantu naikkan level permainan.
Cuba Raket Ini