Pelajar SMK Three River, Aizalea Izzara, berjaya bergelar juara dalam acara beragu wanita B-13 bersama gandingannya Rosella Tania dari SJK Nam Kiew dalam saingan Allianz Junior Badminton Championship (AJBC), di Kuching, semalam.
Dalam saingan musim lalu, dia bersama pasangannya yang sama berjaya menduduki tempat ketiga dalam acara perseorangan dan beregu B-13.
Walaupun melalui perjalanan jauh selama Tujuh jam dari Mukah tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk bergelar juara dengan hanya berbekalkan semangat juang untuk menjadi jaguh badminton negara suatu hari nanti.
Sejak tahun lepas, lebih 2,500 pemain menyertai saingan AJBC dan penyertaan ini dijangkakan meningkat kepada 3,000 peserta tahun ini yang akan bertanding dalam 10 pusingan aksi kelayakan tanpa dikenakan sebarang bayaran penyertaan.
Kejohanan itu akan diadakan di pelbagai lokasi di seluruh negara seperti Kota Kinabalu, Kluang, Pengkalan Chepa, Bukit Beruang dan Kuantan. Malah, pusingan akhir nanti akan berlangsung di Stadium Juara, Bukit Jalil pada 20 hingga 25 November depan.