Juara acara perseorangan dan beregu perempuan B-13, Siti Nur Aminah Abdullah, tidak menyangka penampilan pertamanya dalam Kejohanan Badminton Remaja Allianz akan membawa pulangan yang cukup lumayan.
Mengakui tidak pernah terfikir akan menamatkan kejohanan itu dengan pencapaian sedemikian, Siti Nur Aminah menganggap ia satu permulaan terbaik untuk dia lebih serius dalam sukan badminton selepas ini.
Dalam kategori perseorangan, dia mempamerkan aksi cemerlang menewaskan Chong Wan Xin 12-16, 21-17 untuk dinobatkan sebagai juara.
Dia kemudian bergandingan dengan Adiq Puteri Waheeda Hermazan dalam acara beregu untuk memenangi satu lagi gelaran dengan menewaskan Tan Zhi Yang-Yong Hui Teng 12-10, 15-21, 21-17.
"Saya baru mula bermain tahun ini. Final hari ini susah kerana ia perlawanan akhir tetapi saya perlu habiskan tenaga yang ada kerana ia perlawanan terakhir.
"Saya mahu menang, xaya mahu menjadi juara, jadi saya habiskan segala tenaga yang ada," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
Muzaffar Musa
Sun Nov 24 2024