Jared Foo Dun Liang muncul juara kategori perseorangan lelaki B-15 dalam pusingan kelima Kejohanan Badminton Remaja Allianz di Kuching, Sarawak hujung minggu lalu.

Jared dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan Athan Yang Zhi Yung 21-16, 21-5 dalam aksi final.

"Saya bermain baik, tiada sebarang kesilapan besar tetapi lawan saya hari ini juga tidak sihat.

"Saya meletakkan sasaran untuk ke final dan kemudian, saya menang," katanya.

Sementara itu, bagi kategori perseorangan lelaki B-13 pula, Lim Cayson muncul juara selepas menewaskan Chong You Jia 21-18, 21-16.

"Lawan saya hari ini bukan mudah. Saya bermain secara menyerang dan dia bertahan kemudian dia menyerang dan saya bertahan.

"Saya sebenarnya mahu bermain di Kedah tetapi terlalu ramai peserta, jadi saya bermain di Kuching," katanya.