Badminton Remaja Allianz: Impian R. Loshini rangkul kejuaraan berganda tercapai

Saufi Tahir
Oktober 21, 2024 20:16 MYT
Pusingan ke-10 Kejohanan Badminton Remaja Allianz (AJBC) 2024 yang berlangsung di Synergy Sports Centre, Kuantan, Pahang dari 18 hingga 20 Oktober menyaksikan penguasaan penuh R. Loshini apabila berjaya meraih kejuaraan berganda dalam kategori perseorangan perempuan B-15 tahun dan beregu wanita B-15 tahun.
Loshini sukar digugat apabila berjaya menang dalam aksi straight set 21-8, 21-12 berdepan Airis Alisha Azizi dalam kategori perseorangan perempuan B-15 tahun.
"Tahun lepas saya hanya jadi naib juara acara perseorangan dan juara dalam beregu, jadi tahun ini saya sasarkan mahu menjadi juara dalam kedua-dua acara itu.
"Saya mahu perbaiki pukulan saya, konsisten. Mungkin kerana saya tidak biasa dengan keadaan gelanggang. Jadi saya akan perbaiki," kata R. Loshini.
Rentak cemerlang itu diteruskan Loshini bersama rakannya, Nuha Safia Mohd Ishraf, apabila berjaya merangkul gelaran dalam kategori beregu perempuan B-15 tahun pada kejohanan sama.
Komunikasi baik mereka merupakan kunci kejayaan mengenepikan cabaran pasangan lawan, Airis Alisha Azizi-Nur Darwisyah Raihana Muhd Rais dalam aksi straight set 21-9, 21- 17.
"Loshini tidak seperti yang lain kerana merendahkan saya, dia banyak menyokong saya." ujar Nuha Safia.
#badminton #Badminton Remaja Allianz #R. Loshini
;