Badminton Remaja Allianz: Deirdre Gianna berjaya raih kejuaraan pertama di Kota Kinabalu

Saufi Tahir
Ogos 8, 2024 19:28 MYT
Pemain badminton cilik, Deirdre Gianna Michael, berjaya merangkul kejuaraan pertamanya dalam acara perseorangan selepas menewaskan, Siti Nur Hanisah, dalam Kejohanan Badminton Remaja Allianz (AJBC) B-15 yang berlangsung di Kota Kinabali, Sabah.
Pemain berusia 14 tahun itu melalui 'walkover' selepas pasangannya, Jessie Aegidius, dalam kategori beregu wanita tidak dapat hadir atas sebab peribadi.
Namun, pada hari berikutnya Deirdre pula diberikan 'walkover' apabila lawannya dalam peringkat separuh akhir perseorangan, Clarylyn Ashebella, turut tidak hadir ke perlawanan itu.
"Ia adalah kejohanan yang agak sukar bagi bsaya. Saya benar-benar kecewa apabila tidak dapat beraksi di pusingan suku akhir dalam acara beregu kerana saya tahu sekurang-kurangnya kami boleh mara ke pentas akhir.
"Bagaimanapun, mendapat laluan ke separuh akhir perseorangan bermakna saya berada pada tahan kekuatan yang maksimum saya di pentas akhir. Jadi, ia adalah sesuatu yang seimbang bagi saya." Katanya.
Pusingan akhir AJBC, bakal menampilkan finalis B-13 dan B-15 daripada semua pusingan kelayakan yang akan berlangsung deiu Stadium Juara Bukit Kiara pada 20 hingga 25 November nanti.
#badminton #Badminton Remaja Allianz #Deirdre Gianna
;