BADMINTON
Badminton Masters KL: Aidil gagal singkirkan pilihan utama kejohanan
Perjalanan perseorangan lelaki negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin, berakhir di separuh akhir susulan tewas kepada wakil Taiwan, Lee Chia Hao dalam saingan Kejohanan Badminton Masters KL.
Aidil lolos ke separuh akhir susulan kejayaan mengatasi lawan dari Singapura, Jason Teh dalam aksi terdahulu.
Bertemu lawan yang hadir ke dalam kejohanan kali ini selaku pilihan utama, Aidil tidak kelihatan di awal saingan apabila berjaya mengutip mata demi mata, bagaimanapun, Chia Hao tenang memastikan kemenangan set pertama 21-15.
Memperbaiki corak permainan dalam set kedua, Aidil meningkatkan lagi mutu pukulan di gelanggang dan berjaya mengikat kedudukan 20-20.
Namun pengalaman menjadi pemisah apabila wakil Taiwan itu menoktahkan kemenangan 24-22 sekaligus menamatkan cabaran Aidil di separuh akhir.