Skip to main content

Advertisement

Badminton

Badminton Masters Indonesia medan persiapan Zii Jia menuju Kejohanan Dunia

lee-zii-jia.jpg
Selepas mencapai impian menembusi kelompok lima pemain terbaik dunia, perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, mula mengalihkan sasaran peribadi bagi meneruskan perjalanan kariernya mencecah ranking ketiga dunia.

Berdasarkan aksi tekal yang dipamerkan sejak bergelar pemain profesional, dia mahu memberi tumpuan penuh kepada pemburuan gelaran dunia pertama buat Malaysia, Ogos depan. 

"Saya akan tetapkan sasaran baru, mungkin hujung tahun ini saya boleh capai tangga pemain kedua atau ketiga terbaik. 

"Tapi selepas ini pasti lebih ramai pemain dan jurulatih lawan yang akan memberi fokus kepada corak permainan saya.

"Jadi saya perlu aktif dan berusaha lebih kuat lagi. 

"Fokus utama saya ialah Kejohanan Dunia di Jepun. Saya baru berbincang dengan jurulatih (Indra Wijaya) memandangkan jadual kejohanan yang terlalu dekat. 

"Dia agak gembira dengan persembahan saya sekarang dan selepas ini saya akan menyertai lima kejohanan berturut-turut. Dia ingin menilai tahap ketahanan saya," katanya ketika ditemu bual di Universiti Malaya (UM) hari ini.  




Bagi mempersiapkan diri mencapai kemuncak prestasi, dia akan merentasi jadual padat bermula Masters Indonesia minggu depan. 

Dia menganggap tiada ruang untuknya bersikap sambil lewa ketika berdepan rintangan awal daripada wakil Thailand, Sitthikom Thammasin. 

"Setakat ini saya akan menyertai lima kejohanan berturut-turut, bergantung kepada keadaan saya. Mungkin saya perlu batal hasrat menyertai salah satu daripadanya tapi ia belum pasti. 

"Sitthikom sebaya dengan saya. Dia lebih awal berkecimpung dalam pertandingan antarabangsa, masa itu dia lebih bagus. 

"Walaupun prestasinya merundum sedikit saya tetap akan berikan fokus ketika menentangnya. 

"Saya masih berusaha dalam soal ketekalan permainan. Tidak kira menang atau kalah, saya mahu sentiasa mahu dilihat berusaha memberikan aksi terbaik."


 

Advertisement

Must Watch Video