Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melepasi ujian pertama dalam Kejohanan Badminton Masters Indonesia apabila menewaskan lawan dari Denmark, William Kyrger Boe-Christian Faus Kjaer, di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.
Semifinalis Terbuka India minggu lalu itu mencatatkan kemenangan 21-13, 23-21 untuk ke pusingan kedua.
Menanti mereka dalam penentuan ke suku akhir selepas ini ialah gandingan Taiwan, Lu Ming Che-Tang Kai Wei, yang menewaskan satu lagu beregu negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, dalam satu lagi perlawanan.
Muzaffar Musa
Tue Jan 21 2025