Badminton Malaysia Super 100: Letshanaa makin optimis selepas turunkan 6kg

Shaiful Shamsudin
Oktober 17, 2024 18:45 MYT
Perseorangan wanita negara, K. Letshanaa, mara ke suku akhir selepas mengetepikan wakil Taiwan, Peng Yu Wei, dalam pertarungan straight set Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini.
Lebih menggembirakan perseorangan wanita yang berada di ranking ke-68 dunia itu memandangkan dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 6kg, secara tidak langsung berada di landasan terbaik untuk mencapai prestasi optimum.
Set pertama mudah buat Letshana apabila menang 21-9 sebelum menutup perlawanan selama 31 minit itu 21-17.
Pemain perseorangan yang berada di ranking ke-68 dunia itu gembira dengan prestasi semasa terutama selepas menurunkan berat badannya.
Selain Letshanaa, seorang lagi wakil malaysia layak ke suku akhir esok ialah Ong Xin Yee yang mengejutkan pilihan kelapan kejohanan dari Thailand, Lalinrat Chaiwan, dalam kemenangan tiga set.
"Setiap perlawanan ibarat final buat saya.
"Kalau menang, ia satu bonus dan andai tewas, saya ambil pengajaran daripadanya.
"Saya lebih cergas dan ringan berbanding sebelum ini. Saya turunkan 6kg dan ia mula menampakkan hasilnya," katanya pemain perseorangan wanita ke-58 dunia itu.
;