Skip to main content

Badminton

Badminton: Kunlavut Vitidsarn wakil Thailand pertama dalam sejarah jadi pemain nombor satu dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kunlavut1.jpg
Pada usia 24 tahun, pemain badminton perseorangan lelaki Thailand, Kunlavut Vitidsarn, sudah memenangi enam gelaran jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan terus menjadi mencipta pencapaian menakjubkan. 

Dengan mara ke perlawanan akhir Terbuka Singapura, juara Dunia 2023 itu bakal menjadi pemain badminton pertama dari Thailand yang akan menduduki ranking tertinggi menolak wakil China Shi Yu Qi di tempat kedua. 

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris itu akan berhadapan Lu Guangzu untuk melengkapkan gelaran ketujuh selepas johan terbuka Thailand, baru-baru ini. 

 

Untuk rekod, Kunlavut Vitidsarn juga merangkul juara Asia menewaskan tuan rumah di Ningbo, China.

Advertisement

Must Watch Video