Skip to main content

Badminton

Badminton: Koo Kien Keat anggap kemasukan Kim Wai tepat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

koo.jpg
Bekas beregu nombor satu dunia, Koo Kien Keat, menyifatkan langkah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang kini dalam proses melantik Chang Kim Wai sebagai pembantu jurulatih kepada Herry Iman Pierngadi sebagai langkah pragmatik untuk terus melahirkan beregu lelaki negara yang konsisten.

"Kim Wai pernah melatih saya juga, dia pernah Bersama Rexy juga. Saya rasa dia berpengalaman dan harap pengetahuan dia dapat membantu pemain muda dan utama ketika ini," katanya.

Kien Keat turut mengulas prestasi semasa Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang tewas kepada pasangan England, Sean Vendy-Ben Lane dalam kempen Terbuka Artik minggu lalu menuju saingan Terbuka Denmark.

Dia berasakan gaya permainan beregu lelakinombor satu negara itu kini mudah dibaca lawan, malah dia turut mengakui pasangan England itu antara lawan yang sering menjadi 'alergi' buat beregu di ranking kedua dunia itu.

"Daripada segi corak permainan lah, kerana beregu England itu tidak mempunyai corak seperti pemain di Asia.

"Corak permainan mereka lain berbanding pemain yang ada ketika ini." tambahnya.
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video