Skip to main content

Badminton

Badminton: James Selvaraj sambut baik penambahan Belanjawan 2026

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

james.jpg
Bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj, memuji persembahan memukau gandingan muda kebangsaan, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri, pada peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Finland.

Dan, pemenang pingat perak Piala Thomas 1976 itu juga berharap agar momentum mengalahkan pilihan ketiga kejohanan, Kim Astrup-Anders Rasmussen, akan diteruskan berdepan wakil England, Ben Lane-Sean Vendy, dalam separuh akhir menuju ke final. 

"Mereka melakukan kerja yang bagus. 

"Apa yang boleh mereka buat ialah meneruskan kualiti persembahan, dan merangka strategi terbaik menentang lawan seterusnya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

 

Sementara itu, James mempercayai peruntukan RM580 juta daripada Belanjawan 2026 untuk sektor sukan adalah sesuatu yang positif, lebih- lebih lagi menjelang Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028.

"Ia bagus kerana penambahan kewangan.

"Pembangunan boleh diperkasa dan ditambah baik.

"Ini akan melahirkan lebih ramai lagi atlet muda untuk mewarisi lapisan skuad negara," tambahnya. 
 
Badminton

Racket Power

Raket dengan kawalan tepat dan kuasa padu, bantu naikkan level permainan.


Cuba Raket Ini

Advertisement

Must Watch Video