Sektor perseorangan lelaki Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan sandaran kepada Ng Tze Yong untuk membawa cabaran dalam Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, yang bermula 21 Ogos ini.
Menurut jurulatihnya, Hendrawan, ketika ini Tze Yong harus bekerja keras untuk persiapan sebaik mungkin dengan baki 10 hari lagi ke permulaan saingan.
Justeru, Hendra yakin pengalaman yang diraih Tze Yong bertemu pemain bertaraf dunia mampu meningkatkan mutu permainannya.
"Tze Yong kini mempunyai reputasi dan asalkan dia mampu keluarkan aksi terbaiknya, apa sahaja boleh berlaku.
"Kami harus mengkaji dua pencabar awal yang bakal dihadapinya," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Hendrawan turut percaya aksi terakhir bertemu rakan senegara, Lee Zii Jia, memberi impak positif dan mampu menggalakkan Tze Yong untuk menghadapi pemain nombor satu negara itu jika bertemu dalam suku akhir Kejohanan Dunia.
"Dulu jurang prestasi mereka agak jauh tapi berdasarkan pertemuan dalam Terbuka Australia minggu lalu memperlihatkannya mampu berikan saingan hebat kepada Zii Jia, jadi ini sesuatu yang positif," katanya.