Badminton Dunia BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mudah ke pusingan ketiga

Muzaffar Musa
Ogos 24, 2022 16:46 MYT
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Jii Jia, tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia BWF apabila menewaskan wakil Portugal, Bernardo Atalino, di Gimnasium Metropolitan Tokyo sebentar tadi.
Turun sebagai pilihan kelima, Zii Jia hanya memerlukan 36 minit untuk mencatatkan kemenangan 21-9, 21-13.
Dia seterusnya akan bertemu perseorangan China, Zhao Jun Peng, bagi penentuan ke suku akhir, esok.
Dalam pada itu, beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, turut mencatatkan kemenangan mudah ke atas gandingan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han, untuk ke pusingan ketiga.
Pilihan keenam kejohanan itu mencatatkan kemenangan 22-20, 21-18 dalam masa hanya 42 minit.
Mereka seterusnya akan bertemu satu lagi pasangan negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, bagi merebut tempat ke suku akhir, esok.
#badminton #Lee Zii Jia #Kejohanan Badminton Dunia #Aaron Chia #Soh Wooi Yik
;