Skip to main content

Badminton

Badminton Dunia BWF: Perjuangan Tang Jie-Ee Wei tamat di tangan beregu pilihan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tang-jie-ee-wei.jpg
Perjalanan beregu campuran meningkat naik negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF, tamat di peringkat suku akhir selepas tewas secara set langsung kepada pasangan pilihan kedua dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino, di Copenhagen, Denmark sebentar tadi.

Jurang pengalaman jelas menjadi pemisah di antara kedua-dua beregu berkenaan, di mana pasangan negara itu tidak pernah mendahului dan jauh ketinggalan sejak dari awal set pertama sebelum akur tewas 11-21.

Skrip sama berlanjutan dalam set kedua dan pasangan negara berkenaan hanya dapat bertahan selama 28 minit sebelum akur tersingkir dengan kekalahan 11-21.

Bagaimanapun, kejayaan Tang Jie dan Ee Wei untuk layak ke suku akhir dalam penampilan pertama mereka wajar menerima pujian.

Advertisement

Must Watch Video