Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, terlepas peluang untuk layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF apabila terkandas dalam perturungan tiga set aksi suku akhir di Copenhagen, Denmark sebentar tadi.
Dengan kekalahan kepada pasangan bukan pilihan dari China, Zhang Shi Xian-Zheng Yu, gandingan negara itu terlepas peluang untuk sekurang-kurangnya memastikan kilauan pingat gangsa dalam edisi kali ini.
Turun selaku pilihan ke-10, Pearly dan Thinaah mendominasi hampir keseluruhan set pertama sebelum meraih empat mata berturut-turut untuk mencatatkan kemenangan 21-17.
Mereka sepatutnya mudah menamatkan set kedua dengan kemenangan apabila selesa mendahului 12-6 tetapi seakan-akan hilang punca sehingga memberikan lawan tujuh mata berturut-turut untuk ketinggalan 12-13 sebelum tewas 17-21.
Aksi dalam set ketiga pula berlangsung penuh turun naik buat pasangan negara berkenaan dan biarpun dapat kembali mendahului di kedudukan 18-16, Pearly dan Thinaah terpaksa akur merelakan kemaraan lawan apabila tewas 19-21 selepas bertarung selama sejam dan 16 minit.