Badminton Dunia BWF: Ng Tze Yong ketepikan pemenang gangsa 2022

Shaiful Shamsudin
Ogos 22, 2023 09:17 MYT
Ng Tze Yong mengorak langkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia BWF 2023 dengan mengatasi Zhao Jun Peng dari China secara straigt set, awal pagi tadi.
Pemain perseorangan lelaki negara itu memerlukan 48 minit sebelum menyingkirkan pemenang gangsa edisi 2022 berkenaan 21-19, 26-24 di Copenhagen, Denmark.
Dia akan kembali diuji esok apabila bakal berdepan pemain tuan rumah, Anders Antonsen, petang esok bagi menghidupkan peluang membuat perhitungan dengan rakan senegara, Lee Zii Jia, dalam pusingan ketiga.
#badminton #BWF #Ng Tze Yong #Kejohanan Badminton Dunia BWF 2023
;