Badminton Dunia BWF: M. Thinaah berterima kasih kepada Pearly Tan
Ammar Hakim
Ogos 27, 2023 20:11 MYT
Ogos 27, 2023 20:11 MYT
Bintang beregu wanita negara, M.Thinaah masih merlukan masa melupakan duka Kejohanan Badminton Dunia 2023 namun dia melahirkan penghargaan kepada gandingannya, Pearly Tan yang sentiasa ada untuk kembali bangkit bersama.
Usai kekalahan yang merentap jiwa di suku akhir kepada gandingan China, Zhang Su Xian-Zheng Yu dalam pertembungan tiga set, Thinaah kelihatan terkesan dengan emosi.
Hanya Pearly yang tampil menawarkan perspektif kekecewaan tidak dapat menjadi beregu wanita pertama dari Malaysia memenangi pingat Kejohanan Dunia.
Tetapi sebelum pulang ke tanah air, Thinaah meluangkan masa untuk menegaskan perjuangan akan diteruskan.
"Saya ternyata memerlukan masa untuk mengetepikan perasaan kekecewan ini. Namun ia bukanlah pengakhiri dan mengambil perkara positif untuk terus meningkat lebih baik lagi," kata Thinaah menerusi Nadi Weekend.
Dalam kesedihan, Thinaah tetap lihat ada sinar, gandingannya bersama Pearly diibaratkan sebagai satu yang istimewa untuk terus bersama mengharungi saat suka dan duka.
"Saya sangat kecewa selepas tamat perlawanan namun saya sangat berterima kasih kerana Pearly ada bersama saya untuk mengharungi saat sukar ini."