Kejohanan Badminton Dunia yang dinanti ramai akan membuka tirai Isnin ini, dengan kem negara menghantar 22 pemain secara keseluruhan yang terdiri dari pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan juga profesional.
Kemunculan wajah baru turut membawa saingan kali ini seperti, Toh Ee Wei, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dengan masing masing punya misi peribadi di Copenhagen, Denmark nanti.
Skuad badminton negara selamat berlepas ke Copenhagen malam ini untuk menggalas cabaran Kejohanan Dunia 2023.
Bagi pengurus pasukan BAM, Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos, tahap mental dan fizikal pemain ketika ini berada pada tahap optimum untuk mencabar gelaran di kejohanan berprestij itu nanti.
"Setiap pemain berada di tahap terbaik dan mahu cuba yang terbaik, saya berharap mentaliti yang positif ini dapat diterjemah di atas gelanggang," katanya menerusi Nadi Arena.
Tambah pengarah kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky, tempoh dua minggu latihan digunakan sebaiknya untuk bertempur di bumi Denmark selain ingin kekal berahsia mengenai taktikal yang akan diserlahkan anak buahnya.
"Persiapan sudah berada di tahap terbaik. Kini apa yang diperlukan adalah tumpuan berada di tahap terbaik," kata Rexy.