Pemenang pingat gangsa beregu Sukan Olimpik Paris 2024 sah berpisah bersama gandingannya, Nami Matsuyama, selepas hampir 10 tahun menempa kejayaan bersama.
Kejuaraan Dunia di Perancis bakal menjadi perjuangan terakhir beregu wanita itu Ogos depan.
Shida, 28, merancang untuk membentuk kekal dalam gandingan beregu wanita tetapi dengan jaguh beregu campuran terkemuka Jepun, Arisa Igarashi, manakala Matsuyama berusia 27 tahun sedang mempertimbangkan untuk berpindah ke beregu campuran.
Menurut sumber, Matsuyama berkongsi bahawa potensinya semakin berkurangan dan dia enggan menjadi penghalang kepada Chida yang mahu terus memburu kejayaan.
"Saya bekerja sekeras mungkin untuk Sukan Olimpik," kata Matsuyama.
"Saya tidak dapat membayangkan diri saya menjadi lebih kuat, dan saya tidak mahu menghalang pasangan saya menyasarkan misi lebih tinggi."
Mereka akan menyertai pertandingan terakhir mereka di tempat sendiri dalam Terbuka Jepun minggu hadapan, sebelum menumpukan perhatian mereka kepada kejohanan dunia di Paris.
"Saya telah menghabiskan lebih banyak masa dengan Matsuyama berbanding dengan keluarga saya," kata Shida.
"Memandangkan pertandingan terakhir kami di Paris, yang mana kami mempunyai hubungan istimewa, saya mahu memenangi kejuaraan dunia di sana."
Untuk rekod, kedua-dua bintang tersebut pernah menduduki tempat kedua dunia sepanjang bersama pada 2022 dan berhasil memenangi 12 gelaran sepanjang siri jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) termasuk Seluruh England 2025.

Nami Matsuyama/Chiharu Shida announced that they will split up after the World Championships 2025.?
— BadmintonRanks (@BadmintonR45199) July 8, 2025
Chiharu Shida will partner with Igarashi Arisa, Nami Matsuyama is still to be confirmed.? https://t.co/n3bDVDHaj9