Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bakal memperkenalkan peraturan baharu yang memberi kelebihan buat pemain, sekali gus menggunakan kesempatan terbaik bagi melancarkan tempoh permainan.
Ia dipersetujui semasa sesi forum Ahli Gabungan BWF di mana undang-undang tersebut akan bermula pada 2026 dalam semua kejohanan terpilih termasuk Jelajah Dunia.
Badan induk tersebut melancarkan sistem masa berpatutan di bawah Fasal 16.4 kerana sering menjadi isu yang dibangkitkan.
Majlis BWF meluluskan pelaksanaan terbaik dengan memperuntukkan 25 saat antara setiap rali.
Dalam waktu tersebut, pemain mempunyai kebebasan menggunakan tuala, minum air, menggunakan semburan atau menukar raket. Tetapi pemain harus bersedia sebelum 25 saat itu berakhir.
Umpire mempunyai budi bicara, menggunakan pertimbangan terbaik mereka, untuk membenarkan lebih daripada 25 saat antara rali (iaitu tidak menguatkuasakan), bergantung pada keadaan seperti campur tangan pihak perubatan atau keperluan mop lantai.
Sebelum ini, semua itu harus meminta kebenaran umpire terlebih dahulu.
Oleh itu, BWF percaya 25 saat ialah jumlah masa terbaik mengimbangi rehat yang sesuai untuk pemain dengan permainan berterusan keseluruhan.
BWF telah pun menjalankan ujian awal (tiada penguatkuasaan) pada kejohanan Jelajah Dunia baru-baru ini, dengan memaparkan jam masa untuk pemain, jurulatih dan pegawai teknikal.
Dapatkan Sekarang

Smash Macam Pro!
Lengkapkan diri anda dengan raket badminton profesional untuk kuasa libasan dan kawalan maksimum di gelanggang.
Dapatkan Sekarang