BADMINTON
Badminton: BWF kembali perkenal sistem 15 mata
Persekutuan Badminton Dunia (BWF), berhasrat mengembalikan semula sistem pemarkahan yang lama bagi menggantikan kiraan terkini sekiranya ujian berjalan lancar.
Terdahulu, perubahan tersebut diberi perhatian selepas usul menggunakan sistem 15 mata mendapat sokongan dalam mesyuarat BWF, November lalu.
Ini menyaksikan pemain harus mencapai 15 mata dalam tiga set untuk menentukan kemenangan. Perlawanan akan berehat seketika apabila pemain mendapat lapan mata.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jika aksi terikat 14-14, jurang dua mata diperlukan untuk memenangi set tersebut sebelum mata maksimum 21.
Kebajikan pemain dan penjadualan akan menjadi lebib baik jika sistem tersebut diperkenalkan.
BWF akan memperhalusi perkara ini menerusi aksi percubaan dalam beberapa kejohanan terpilih tahun ini.
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BWF 2026 badan induk itu akan menjadi tumpuan tatkala keputusan muktamad akan diumumkan.