BADMINTON
Badminton Berpasukan Campuran Asia: Ling Ching bawa semangat 'agi idup, agi ngelaban'
Perseorangan muda wanita negara, Wong Ling Ching, membawa semangat 'agi idup, agi ngelaban' dalam skuad kebangsaan bagi menghadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia di Qingdao, China, yang bermula 11 Februari depan.
Hasil bimbingan Jeffer Rosobin, Ling Ching yakin mampu melepasi halangan peringkat kumpulan.
"Sudah lama saya tidak balik ke Sarawak, tidak ramai pemain dari Sarawak di BAM jadi saya harap dapat banggakan masyarakat di sana," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Iklan
Sementara itu, beregu wanita muda negara, Tan Zhing Yi-Cheng Su Hui, yang baru sahaja digandingkan melihat pentas kejohanan ini sebagai medan terbaik untuk mempamerkan keupayaan sebenar berdepan beregu pilihan ternama lain.
"Ini kejohanan pertama yang kami sertai.
"Kami berazam buat yang terbaik demi Malaysia," kata Zhing Yi di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.
Tambah Su Hui: "Kami bukan beregu utama wanita jadi kami mahu membuktikan keupayaan.
"Tiada tekanan tinggi ke atas kami melainkan kami perlu cuba yang terbaik untuk negara."
Skuad negara diundi dalam Kumpulan B di samping Indonesia, Hong Kong dan Kazakhstan, dengan hanya dua pasukan teratas bakal mara ke peringkat kalah mati dalam kejohanan di Qingdao, China, itu.
Must-Watch Video