Badminton amat besar di Malaysia, kata Ed Sheeran selepas lawan Chan Peng Soon

Muzaffar Musa
Februari 26, 2024 14:55 MYT
Bintang pop British, Ed Sheeran, bukan sekadar menghiburkan peminatnya di Malaysia dengan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu lalu, bahkan dia turut bermain badminton dengan legenda beregu campuran negara, Chan Peng Soon.
Sheeran, yang memakai jersi sukan dengan bendera Malaysia, beraksi menentang Peng Soon serta dua lagi pempengaruh tempatan.
Sebelum sesi berkenaan, penyanyi berusia 33 tahun itu mengiktiraf "badminton amat besar di Malaysia".
Sheeran bergandingan dengan dua pempengaruh berkenaan berdepan Peng Soon, yang tidak menunjukkan sebarang belas kasihan ke atas tiga lawannya itu.
Selain bermain badminton, Sheeran turut menunjukkan pengalamannya melukis batik, bercukur di kedai gunting rambut dan makan 'Yee Sang' bersama teman-teman barunya.
#badminton
;