'Saya rasa BWF harus mempertimbangkan penggunaan VAR seperti bola sepak'
Itu harapan pemain beregu lelaki terkemukan negara, Aaron Chia, yang menggesa Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk membuat perubahan dalam sistem permainan demi kebaikan semua pihak yang terlibat.
Kata juara Terbuka Thailand itu, Ia sekali gus, mampu mengurangkan kesilapan pengadil dan boleh mengelak daripada pelbagai kontroversi di peringkat tertinggi.
Kekeliruan banyak berlaku ketika servis, bulu tangkis terkena pemain atau raket sering menimbulkan persoalan betul atau tidak sehingga menyebabkan perlawanan akan terencat dan pemain menerima impak yang besar.
Lebih-lebih lagi atas satu kesalahan yang dikenakan meskipun tidak melakukan apa-apa.
Pelaksanaan video bantuan pengadil (VAR) akan membantu aksi berjalan lebih lancar.
"Banyak insiden yang kami sendiri tak pasti, sukar untuk dinilai secara jelas tanpa bantuan video.
"Walaupun garis panduan mengatakan 1.15 meter (m), sudut pandang berbeza-beza. Jadi keputusan boleh jadi tak konsisten antara satu pengadil servis dengan yang lain,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris itu juga meminta keperluan bantuan perubatan diberi penekanan khusus oleh badan induk dunia itu untuk meneliti semula peraturan rawatan segera di atas gelanggang.

? Aaron Chia, Malaysian Badminton shuttler said after a training session at ABM, Bukit Kiara today, urges hopes BWF can introduce the VAR system into badminton.
— SNE Sports (@SNE_Sports) June 17, 2025
? : BAT#BWF #Badminton #VAR #AaronChia#SNESports pic.twitter.com/8S3T08wDcZ