Dua wakil selatan menguasai kategori B-16 Kejohanan Badminton 100Plus Berpasukan Antara Negara yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, hari ini.
Bagi kategori perempuan B-16, Johor menampilkan aksi cemerlang apabila menewaskan Perak 2-0 dalam perlawanan akhir.
Pemain perseorangan, Low Zi Yu, meraih mata pertama diikuti beregu, Navina Nagarajan-Hasyni Devi Sahathevan, yang mengesahkan kemenangan Johor dengan persembahan meyakinkan.
"Saya gembira bantu Johor meraih kejuaraan.
"Saya sendiri tidak pernah menjuarai kejohanan B-16," kata Zi Yu.
Sementara itu, bagi kategori lelaki B-16, Melaka menumbangkan Kedah 2-1.
Kemenangan pertama Melaka diraih oleh Syed Harraz Sayed Muzir yang menundukkan Chong Lee Qian dalam pertarungan dramatik 8–21, 21–8, 22–20.
Namun, Kedah menyamakan kedudukan melalui gandingan Kieshan Sai Rao-Lee Kai Xun, sebelum Curson Cheng Yu menjadi wira Melaka dengan kemenangan mudah ke atas Joshua Karanugaran.
"Saya bersabar dapatkan satu persatu mata sambil pihak lawan mula kerap membuat kesilapan sendiri.
"Selepas itu jurulatih (lontar cabaran) agar saya tidak mensia-siakan kebangkitan awal," kata Syed Harraz.
Dalam pada itu, bagi kategori perempuan B-12, Kedah mendominasi Selangor 2-0.
Selangor, bagaimanapun, mencipta kegemilangan dalam kategori lelaki B-12 apabila menumpaskan Pahang 2-0.

Nike BIG Discount
Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat