Skip to main content

Badminton

BAC: Tidak sangka raih gelaran begitu cepat -- Herry Iman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

herryip.jpg
Jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, mengakui dia masih berasa teruja dengan pencapaian luar biasa gandingan sensasi negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang berjaya menamatkan kemarau 18 tahun sektor beregu lelaki dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025.

Jurulatih kelahiran Indonesia itu menyifatkan bahawa dia tidak sangka proses penyesuaian antara dirinya dan pasangan nombor satu negara itu berlaku bergitu cepat sehingga berjaya mengatasi barisan pencabar utama dalam masa yang singkat.

Dalam pada itu, kejayaan tersebut sekali gus, mengukuhkan kedudukan Aaron-Wooi Yik sebagai beregu terbaik dunia dan semestinya memberi suntikan semangat menjelang temasya Piala Sudirman di Xiamen, China pada hujung April.

"Tidak terdetik Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mampu meraih gelaran secepat ini dalam BAC 2025. 

 
"Persedian Aaron dan Wooi Yik cukup bagus"

"Gandingan Man Wei Chong-Kai Wun Tee juga cukup bagus, tetapi Aaron dan Wooi Yik pamer kekuatan mental yang lebih hebat," katanya.

Advertisement

Must Watch Video