Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, terkandas dalam suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) apabila tewas kepada gandingan tuan rumah, Chen Bo Yang-Liu Yi, di Ningbo China sebentar tadi.
Bagaimanapun, wakil negara itu wajar diberikan pujian atas aksi bermati-matian yang dipamerkan sebelum akur dengan kekalahan dalam set penentuan.
Segalanya tampak baik buat Sze Fei dan Nur Izzuddin pada awal set pertama, di mana mereka lebih banyak menguasai permainan tetapi sebaik mendahului di kedudukan 16-14, mereka membenarkan lawan memperoleh tujuh mata berturut-turut, sekali gus terpaksa akur dengan kekalahan 16-21.
Mereka kemudian tidak membenarkan lawan untuk menjarakkan mata dalam set kedua untuk mengheret permainan ke set penentuan dengan kemenangan 21-18.
Aksi kian mendebarkan dalam set ketiga, di mana selepas ketinggalan 10-15, Nur Izzuddin dan Sze Fei menyamakan kedudukan 15-15, biarpun Nur Izzuddin sempat tergelincir dan terbaring sewaktu lawan memperoleh mata ke-11.
Debaran kian memuncak menuju ke penghujung aksi dengan kedua-dua gandingan saling berkejaran mata, namun ketika kedudukan terikat 20-20, Sze Fei dan Nur Izzuddin terpaksa akur nasib lebih memihak lawan, yang menang 22-20 selepas secara kseluruhan bertarung selama sejam dan tujuh minit.