BADMINTON
BAC: Siaran Langsung (Live Streaming) & jadual aksi Malaysia dalam Kejohanan Badminton Asia



Saingan badminton akan kembali menemui peminat serata dunia khususnya rantau Asia apabila Kejohanan Badminton Asia (BAC) akan berlangsung bermula esok di Ningbo, China.
Pertandingan tersebut menawarkan mata ranking dan hadiah kemenangan yang sama seperti kejohanan terbuka di bawah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang bertaraf super 1000.
Siapakan yang akan merebut gelaran Raja Asia bakal menjadi tumpuan tatkala pemain terbaik daripada pasukan masing-masing turut mengambil bahagian.
Bagi Malaysia, tiada kelibat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris, Lee Zii Jia, ekoran kecederaan yang dialaminya sebelum ini, termasuk gandingan ranking keempat dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang dipisahkan, baru-baru ini.
Beberapa bintang negara akan melalui proses kelayakan terlebih dahulu seperti Justin Hoh dan K. Letshanaa, sebelum membawa cabaran kebangsaan ke peringkat seterusnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas sekian lama, perseorangan negara, Ng Tze Yong, kembali turun ke gelanggang demi mendapatkan semula prestasi dan rentak untuk terus berjuang susulan hampir setahun berehat.
SIARAN LANGSUNG & LIVE STREAMING AKSI MALAYSIA
Jangan terlepas untuk menyaksikan pemain negara secara langsung di Astro Badminton HD saluran 815 pada jam 2.00 petang, bermula pusingan 32, Rabu ini.