Skip to main content

Badminton

BAC: Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua atasi anak didik Lee Wan Wah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia-soh-wooi-yik.jpg
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC) apabila menewaskan gandingan Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura, di Ningbo, China sebentar tadi.

Mitsuhashi dan Okamura, yang dibimbing bekas jaguh beregu lelaki negara, Lee Wan Wah, memberi tentangan sengit buat juara dunia 2022 berkenaan tetapi selepas mengikat kedudukan 18-18, Aaron dan Wooi Yik tidak lagi melepaskan mata untuk memenangi set pertama 21-18.

Aksi lebih kemas dipamerkan wakil negara itu dalam set kedua untuk lebih banyak menguasai permainan sebelum mencatatkan kemenangan 21-15 selepas secara keseluruhan bertarung selama 40 minit.

Beregu pilihan keenam itu seterusnya akan bertemu wakil India, Hariharan Amsakarunan-Ruban Kumar Rethinasabapathi, bagi penentuan ke suku akhir.
 

Advertisement

Must Watch Video